
disertakan memo sekali... jom kite saling ingat-mengingat :)
Salam & selamat pagi,
Minggu Peperiksaan Akhir akan diadakan pada 6 - 20 November 2009. Sehubungan dengan itu, semua pelajar diminta untuk menyemak jadual peperiksaan dan slip menduduki peperiksaan masing-masing untuk mengelakkan sebarang masalah. Semua pelajar diminta untuk memastikan arahan berikut diikuti :
- Membawa & mempamerkan kad matrik pelajar dan slip menduduki peperiksaan yang sah.
- Berpakaian mengikut etika pakaian pelajar Universiti. Pelajar tidak dibenarkan : memakai round-neck tshirt, berambut panjang, berseluar jeans, berselipar (selipar mahal/murah/berjenama)
- Jaket fakulti/baju sejuk (sweater) TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.
- Hadir ke dewan peperiksaan 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula.
- Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab yang diterima oleh Universiti akan digagalkan dari kursus tersebut.
- Mematuhi arahan dan peraturan peperiksaan. Pelajar yang ingkar mematuhi peraturan peperiksaan akan dilaporkan dan dibicarakan mengikut Kaedah Tatatertib Mahasiswa. Peraturan peperiksaan boleh dibaca di laman web BPA
Sekian untuk makluman dan tindakan
0 comments:
Post a Comment